SEREMBAN – Remeh selain tidak biasa pakai tali pinggang keledar antara alasan diberikan tujuh penumpang bas dalam satu operasi khas oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, di sini, bermula semalam.
Pengarah JPJ Negeri Sembilan Hanif Yusabra Yusuf berkata, dalam operasi dijalankan, kesemua tujuh individu berusia 19 tahun ke atas di kompaun RM300 kerana gagal mematuhi peraturan baharu berkenaan.
Menurutnya, kesalahan itu dikesan ke atas penumpang yang menaiki bas dari Seremban ke selatan tanah air pada waktu siang.
“Alasan tak pakai tali pinggang keledar yang kita terima, pertama adalah tidak biasa dan tak pernah, kedua mereka merasakan pemakaian tali pinggang keledar remeh,” katanya pada sidang akhbar di Terminal One Seremban, di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE