fbpx

Mahu jimat tambang pesawat, lelaki curi 8 kereta balik kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki sanggup mencuri lapan kereta di tujuh bandar berbeza untuk balik ke kampung. -Unsplash

BEIJING – Seorang lelaki di China mencuri lapan buah kereta di tujuh bandar berbeza semasa perjalanan pulang ke rumahnya, dengan meninggalkan setiap kenderaan sebaik ia kehabisan minyak, lapor saluran berita VNExpress.

Polis di wilayah Hubei baru-baru ini membongkar kes kecurian kereta melibatkan seorang lelaki yang bertindak demikian semata-mata untuk pulang ke kampung halaman tanpa perlu membeli tiket penerbangan.

Pada 31 Mei, suspek yang dikenali sebagai Chen pada mulanya membeli tiket penerbangan pulang berharga 1,500 yuan (RM882).

Dia kemudian membatalkannya kerana merasakan harga tambang terlalu mahal.

Sepanjang perjalanan, suspek mencuri lapan buah kereta dan meninggalkan kenderaan tersebut setiap kali ia kehabisan minyak. 

Bagi menampung kos makanan dan bayaran tol, dia melarikan barangan berharga yang ditemui di dalam kenderaan-kenderaan itu.

Pada 2 Jun, sebuah syarikat pengedar kereta di Wuhan melaporkan kehilangan salah satu kenderaan mereka yang dianggarkan bernilai lebih 150,000 yuan (RM88,000). 

Pada dua hari kemudian, polis menemui suspek sedang nyenyak tidur di dalam salah satu kereta curi lalu menahannya.

Nilai keseluruhan lapan kenderaan yang dicuri dianggarkan mencecah 1 juta yuan (RM588,000). 

Pihak berkuasa mengesahkan bahawa semua kenderaan telah berjaya dikesan semula, manakala suspek berdepan hukuman penjara lebih 10 tahun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI