fbpx

Pengarah jabatan MPAJ tidak mengaku terima rasuah RM30,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD Alhairi mengaku tidak bersalah menerima rasuah RM30,000 di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini.

IPOH – Seorang penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menerima suapan wang tunai berjumlah RM30,000 dua tahun lalu.

Tertuduh, Ahmad Alhairi Mohamed Yusuf, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas dua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang merupakan seorang pengarah jabatan di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) didakwa menerima wang tunai RM20,000 melalui akaun Maybank miliknya daripada seorang lelaki berusia 64 tahun yang mana dia mengetahui lelaki itu mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Pengarah Jabatan Bangunan dan Senibina MPAJ.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di Maybank Cawangan Taiping di Jalan Chung Thye Phin dalam daerah Larut, Matang dan Selama pada 2 November 2023.

Tertuduh juga didakwa bagi pertuduhan kedua apabila menerima wang tunai RM10,000 daripada lelaki sama melalui dua individu lain di lokasi dan tarikh yang sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI