fbpx

‘Selamat tinggal Sudin….rindu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsikan wanita berkenaan di media sosial menunjukkan tiada lagi kelibat Sudin 'melepak' di lokasi kegemarannya.

PETALING JAYA – “Rindu Sudin. Sudin selalu jadi penyeri hari-hariku.”

Itu luahan rindu seorang wanita kepada Sudin yang merupakan seekor kucing, namun kini sudah tidak kelihatan selepas dibawa tuannya berpindah ke kediaman baharu.

Kata wanita yang menggunakan profil @MyLittle RaRa di media sosial itu, disebabkan tiada lagi kelibat Sudin, maka tidak ada juga kandungan media sosial berkaitan haiwan itu dapat dibuat selepas ini seperti kebiasaan.

“Lepas ni ‘no more content’ (tiada lagi kandungan) pasal kucing jiran bernama Sudin sebab jiran sis dah pindah rumah.

“Kehadiran Sudin masa tengah rakam pandangan matahari terbit setiap pagi. Sudin selalu lepak masa lepas subuh dan lepas maghrib kan? Semoga Sudin dan keluarga bahagia dekat rumah baru,” katanya.

Hantaran wanita itu yang turut memaparkan lokasi kegemaran Sudin ‘melepak’ di sebelah rumahnya sudah kosong, meraih simpati orang ramai.

Namun, ada juga yang berseloroh mengatakan Sudin berpindah kerana tidak tahan selalu ‘diintai’ wanita tersebut.

“Baru tengok video dia dah terasa rindu. Kosongnya rasa,” ujar seorang netizen.

“Semoga Sudin baik-baik saja walau dekat mana pun dia. Tak apa, jangan sedih-sedih nanti ada pengganti lain nama Senah,” pujuk pengguna yang lain.

“Saya rasa Sudin pindah sebab awak selalu ‘stalk’ dia,” komen @AyuNagor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI