fbpx

Bomba selamatkan warga emas jatuh perigi sedalam 3 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba membantu membawa keluar mangsa yang terjatuh ke dalam perigi di South Ward, Tanjung Rambutan di Ipoh hari ini.

IPOH – Seorang wanita warga emas yang juga orang kurang upaya (OKU) mental diselamatkan oleh anggota bomba selepas terjatuh ke dalam perigi sedalam hampir tiga meter di South Ward, Tanjung Rambutan di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun dihantar ke lokasi kejadian pada pukul 8.40 pagi.

Katanya, setibanya anggota di lokasi, didapati mangsa berada dalam keadaan duduk setelah terjatuh ke dalam perigi kosong.

“Ketua operasi mengarahkan seorang anggota turun ke dalam perigi untuk membantu mangsa keluar. Mangsa kemudian dipakaikan harness dan diikat pada pengusung.

“Anggota yang berada di atas kemudiannya menarik keluar mangsa. Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan perubatan untuk dihantar ke hospital,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI