fbpx

Anwar tiba di Rom untuk lawatan kerja tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar tiba di Rom untuk lawatan kerja tiga hari.

PETALING JAYA – Perdana Menteri memaklumkan beliau bersama delegasi Malaysia telah selamat sampai di Rom, Itali bagi lawatan kerja selama tiga hari.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kunjungan itu susulan jemputan yang diterima daripada rakan sejawatnya, Perdana Menteri, Giorgia Meloni.

“Jemputan itu mencerminkan komitmen bersama untuk memperkukuh hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Itali berteraskan prinsip serta semangat persahabatan, keyakinan dan saling hormat.

“Malaysia melihat Itali sebagai rakan strategik penting di benua Eropah dan kita komited untuk memperluas kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, industri pertahanan serta sektor peralihan tenaga,” katanya dalam satu kenyataan di laman X hari ini.

Anwar berkata, selaku Pengerusi ASEAN, kunjungan itu juga akan memperhebat nilai pada sisi hubungan rantau Asia Tenggara dan Eropah dalam landskap geopolitik dan geoekonomi yang terus mencabar.

“Saya yakin lawatan ini akan membuka lembaran baharu yang lebih dinamik, menghasilkan manfaat yang konkrit serta melonjak hubungan Malaysia dan Itali ke tingkat yang cemerlang dan terbaik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI