fbpx

Kilang terbakar: Pemilik tanah diambil tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBJB akan mengambil tindakan ke atas pemilik tanah yang membenarkan lima syarikat beroperasi secara haram di kawasan kebakaran stor penyimpanan lori dan minyak enjin di Taman Megah Ria, Masai, Pasir Gudang, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan mengambil tindakan terhadap pemilik tanah kawasan kebakaran stor penyimpanan lori serta minyak enjin di Taman Perindustrian Kota Puteri berhampiran Taman Megah Ria, di sini, yang membenarkan lima kilang beroperasi tanpa lesen.

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd. Haffiz Ahmad berkata, ini setelah mengesan pelanggaran undang-undang tanah, alam sekitar, keselamatan, pelesenan dan pengurusan sisa.

Katanya, hanya sebuah kilang sahaja di dalam kawasan berkeluasan 1,000 meter persegi itu mempunyai lesen sah iaitu premis penyimpanan minyak kelapa sawit yang dikeluarkan MBJB dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

“Di sini, saya ingin menegaskan bahawa semua premis-premis perusahaan perlulah mendapat kebenaran dari agensi-agensi berkaitan sebelum melaksanakan sesuatu bentuk perniagaan atau perusahaan.

“Kegagalan untuk mematuhi peraturan dan syarat yang ditetapkan bukan sahaja boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan, malah turut mengundang pelbagai risiko keselamatan nyawa dan harta,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MBJB di Menara MBJB, di sini hari ini.

Dalam kejadian kebakaran industri pada 21 Jun lalu, sebanyak lima premis terbakar dalam kejadian yang melibatkan kawasan seluas kira-kira 1,000 meter persegi itu termasuk 15 kenderaan turut musnah.

Mohd. Haffiz berkata, lima kilang yang beroperasi secara haram itu tidak mempunyai pelan dan hanya melibatkan bangunan sementara membabitkan kabin dan bangsal sahaja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI