fbpx

Enam gadis sesat mendaki Tanjung Tuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba dari BBP Telok Kemang dan BBP Masjid Tanah membantu menurunkan enam wanita yang sesat semasa mendaki di Tanjung Tuan, Alor Gajah, Melaka hari ini.

ALOR GAJAH – Enam gadis berusia dalam lingkungan 20-an dilaporkan sesat ketika mendaki di kawasan hutan berhampiran Rumah Api di Tanjung Tuan, di sini hari ini.

Kesemua mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Kemang dan BBP Masjid Tanah.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd. Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.40 tengah hari.

“Pasukan bomba dikejar ke lokasi sejauh kira-kira 33 kilometer dan setiba di sana kita dimaklumkan seramai enam wanita telah sesat ketika aktiviti mendaki.

“Kesemua mereka ditemui oleh pasukan BBP Telok Kemang sebelum ketibaan anggota dari BBP Masjid Tanah,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambah beliau, operasi menyelamat diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Zaidi Kadiron dan turut disertai Polis Diraja Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI