fbpx

Kontraktor warga Bangladesh simpan 17 PATI dijel 10 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis membawa Mohamad Masudkhan (tengah) selepas didakwa atas pertuduhan membenarkan 17 PATI warga Bangladesh tinggal di premis jagaannya di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Seorang kontraktor warga Bangladesh dipenjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membenarkan 17 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari negara asalnya tinggal di sebuah premis di Limbat dekat sini pada April lalu.

Tertuduh, Mohamad Masudkhan 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membenarkan 17 warga Bangladesh berusia antara 20 hingga 43 tahun untuk tinggal di bawah jagaannya di sebuah premis di Jalan Kubang Kacang, Kampung Kubang Siput dekat Limbat di sini kira-kira pukul 7.30 malam pada 8 April lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 55E (1) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) (Pindaan 2002) dan boleh dipenjara di bawah Seksyen 55E (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM30,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-dua jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Naabil Mohamed Asri, manakala tertuduh diwakili peguam, Muhamad Fiqri Muhamad.

Mahkamah menetapkan hukuman penjara 10 bulan dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 8 April lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI