fbpx

Malaysia, Singapura dedah tren pertama RTS Link secara rasmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTHONY LOKE (tiga kanan) bersama Jeffrey Siow (dua kanan) serta Onn Hafiz Ghazi (kanan) bergambar bersama tren pertama RTS Link di Pusat Ujian Rel Singapura (SRTC), Tuas, Singapura hari ini.

SINGAPURA – Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook bersama Pemangku Menteri Pengangkutan Singapura, Jeffrey Siow hari ini mendedahkan secara rasmi tren pertama Rapid Transit System Link (RTS Link).

Majlis pelancaran yang turut dihadiri Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi itu disempurnakan di Pusat Ujian Rel Singapura (SRTC), Tuas di sini.

Livery atau warna tren tersebut memaparkan warna merah, biru dah putih, melambangkan warna bendera Malaysia, Singapura dan Johor.

Dalam satu kenyataan bersama kedua-dua kementerian tersebut, perkhidmatan RTS Link yang dijadual beroperasi pada 1 Januari 2027 itu akan menggunakan lapan tren dibuat China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) Zhuzhou Locomotive Co. Ltd.

Setiap tren terdiri daripada empat gerabak dengan setiap perjalanan mempunyai kapasiti melebihi 600 penumpang, manakala keseluruhan penumpang bagi setiap jam dianggar boleh mencecah sehingga 10,000.

Setakat hari ini, kerja-kerja sistem telah siap sebanyak 56 peratus merangkumi kerja-kerja trek, ‘rolling stock’, ‘traction power supply’ serta integrasi bagi sistem isyarat, komunikasi dan kawalan manakala kerja-kerja trek pula dijangka siap menjelang akhir Julai ini.

Sepanjang Julai dan Ogos 2025, aktiviti utama termasuk pemeriksaan, pengujian dan pentauliahan sistem TPS, termasuk sistem intertripping dan interlocking.

Kerja-kerja ini penting untuk memastikan kesiapsiagaan sistem bekalan kuasa bagi menyokong aktiviti pengujian tren di Depoh Wadi Hana pada September 2025.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI