fbpx

‘Sangka baik dengan Allah’ – Lagu Naim meroket nombor 1 di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lagu terbaharu dendangan Naim Daniel berjudul Seni Berdamai Dengan Takdir (duet bersama Ustaz Adnin) kini menjadi siulan ramai peminat.

PETALING JAYA – Meskipun dihimpit pertuduhan amang seksual membabitkan remaja wanita berusia 17 tahun, karya penyanyi Naim Daniel terus menjadi siulan ramai apabila Seni Berdamai Dengan Takdir meroket di tangga pertama lagu paling tinggi jumlah penstriman.

Berdasarkan kemas kini Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), lagu dendangan bersama Ustaz Adnin Roslan itu melonjak dari tangga ketiga ke posisi nombor satu carta berkenaan.

Bukan itu sahaja, Muzik Video (MV) karya itu sudah mencecah lebih 1.3 juta tontonan di YouTube sejak dilancarkan sebulan lalu.

“Terima kasih buat semua yang sudah dengar lagi Seni Berdamai Dengan Takdir ini.

“Moga mesej lagu ini sampai pada semua, iaitu kita belajar berdamai dengan takdir, belajar melepaskan, belajar reda dan belajar bersangka baik dengan takdir yang Allah aturkan.

“Belajar melihat sisi positif dari musibah yang menimpa kita,” kata Adnin.

Terdahulu, Naim mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca terhadapnya di hadapan Hakim Datin M. Kunasundary dalam prosiding yang dilakukan secara tertutup.

Mengikut pertuduhan, pemenang Anugerah Juara 34 (AJL34) itu didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun bagi tujuan seksual.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzah Shaharuddin manakala Naim Daniel diwakili peguam Mohd. Irwan Sumadi dan Amirul.

Terdahulu, selebriti itu ditahan pada 3 Jun lalu selepas disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel di Selangor.

Suspek bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI