fbpx

‘Berdosa! Buka aib orang hanyalah kepuasan bersifat sementara’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ira Kazar memilih untuk tidak sesekali membuka aib sesiapa semata-mata untuk memuaskan hati sendiri atau meraih simpati netizen.

PETALING JAYA – Meskipun berkali-kali dikhianati dan dilukai orang sekeliling, pelakon Ira Kazar memilih untuk tidak sesekali membuka aib sesiapa semata-mata untuk memuaskan hati sendiri atau meraih simpati netizen.

Ujar Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin, 30, mendedahkan keaiban individu lain mungkin memberi kepuasan sementara, namun akhirnya akan membawa penyesalan sepanjang hayat.

“Kalau saya cerita mengenai orang lain begitu begini, apa saya dapat? Saya tak dapat apa pun.

“Mungkin puas hati sekejap, tapi selepas itu pasti saya akan menyesal. Sebab kita buka aib orang.

“Kalau korang suka buat begitu, teruskanlah. Tapi bukan saya. Saya tak sanggup,” katanya menerusi video dalam Threads.

Tambah anak pelakon Kazar Saisi itu, menjaga maruah dan harga diri orang lain lebih mulia daripada mengejar keadilan di mata netizen yang belum tentu memahami hakikat sebenar.

“Kita kena jaga aib orang. Untuk apa nak buka? Nak nampak diri kita betul?

“Tak perlu pun buka, sebab tak dapat apa pun. Kepuasan tu sementara, tapi dosa tu tanggung sampai bila-bila.

“Kalau kita dianiaya, biarlah. Satu hari nanti kebenaran akan terbongkar. Saya yakin Allah akan tunjuk semuanya,” ujarnya.

Ira sebelum ini mencetuskan pelbagai kontroversi termasuk isu rumah tangga bersama pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof.

Untuk rekod, mereka mendirikan rumah tangga pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand sebelum sah bercerai talak satu pada 5 September 2024 di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI