fbpx

‘Sesiapa ambil tanah kubur Nurly, mohon ampun pada Allah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai terus menziarahi kubur Nurly di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Pasir, Besut hari ini.

BESUT – “Mereka yang mengambil tanah itu tampil memohon maaf kepada kami dan lebih utama, memohon keampunan Allah.”

Itu kata Azman Mohamad, 63, bapa kepada arwah, Nurly Shahirah Azman selepas segelintir pengunjung dikesan mengambil tanah kubur anaknya.

Azman risau perbuatan mengambil tanah perkuburan Nurly boleh menjurus kepada perbuatan mensyirikkan Allah.

“Saya tidak pasti apa tujuan sebenar mereka ambil tanah itu. Tanah kubur bukan tempat mencari berkat atau populariti,” katanya.

Difahamkan, segelintir individu dikatakan sanggup menyapu muka dengan tanah kubur tersebut kononnya untuk mengambil berkat.

Azman berkata, selain pemasangan tali penghadang, dia difahamkan kawasan perkuburan Nurly juga dipantau pegawai pihak berkuasa agama terutama pada waktu malam.

Katanya, keluarga tidak menghalang orang ramai ziarahi kubur Nurly, namun dengan menjaga adab dan tatasusila ditetapkan agama Islam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI