fbpx

Kerajaan bangunkan ekosistem baharu kesihatan di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BILIK rehat doktor 'on call: yang terdapat di Hospital Pasir Gudang di Bandar Seri Alam, Masai, Johor Bahru.-Foto RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

JOHOR BAHRU – Kerajaan berhasrat mewujudkan ekosistem kesihatan baharu sebagai usaha menangani isu peningkatan kos penjagaan kesihatan swasta dan inflasi perubatan yang semakin meningkat ketika ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, perkara tersebut sedang dibincangkan menerusi Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri untuk Kos Penjagaan Kesihatan Swasta (JBMKKS).

“Jawatankuasa ini bukan sahaja disertai Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Kewangan (MOF), tetapi juga agensi lain termasuk penyedia sektor kesihatan swasta serta syarikat insuran dan takaful.

“Mesyuarat telah dijalankan dan beberapa ‘working group’ telah ditubuhkan untuk menangi isu-isu berbangkit berkenaan perkara ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Projek HPG, Bandar Seri Alam, di sini hari ini.

Tambah Dr. Dzulkefly, antara langkah yang telah dilaksanakan termasuklah inisiatif paparan harga ubat agar pengguna mempunyai pilihan sebelum mendapat sesuatu rawatan.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan pihaknya telah menerima permohonan kerajaan negeri berhubung sebidang tanah milik kementerian itu yang mahu dibangunkan menjadi Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) di Kempas, di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI