DUNIA pembacaan digital yang selama ini didominasi oleh paparan hitam putih, kini beralih kepada perubahan yang cukup menarik dengan penuh warna. Tampil sebagai generasi baharu dalam siri Libra, Kobo Libra Colour hadir dengan paparan E Ink berwarna, fungsi mencatat nota serta reka bentuk ergonomik yang sudah menjadi identiti Kobo. Berdasarkan pengalaman penggunaan oleh K-Tekno, Kobo Libra Colour dilihat bukan sekadar kemas kini kosmetik tetapi percubaan untuk mentakrif semula pengalaman membaca digital. Dari segi reka bentuk, Kobo mengekalkan identiti siri Libra……














