fbpx

Lima nelayan Myanmar kena tahan APMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lima nelayan Myanmar ditahan APMM di Pulau Buluh dekat Lumut semalam kerana menangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan serta lain-lain kesalahan. - Foto APMM

LUMUT – Sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) kelas C2 ditahan Maritim Malaysia (APMM) Perak di kedudukan 20.1 kilometer (km) barat daya Pulau Buluh di sini semalam kerana menjalankan aktiviti perikanan di kawasan yang tidak dibenarkan.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, vesel yang menggunakan pukat tunda itu ditahan sekitar pukul 12.15 tengah hari ketika bot ronda APMM sedang melaksanakan rondaan rutin di kawasan tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati seorang tekong dan empat awak-awak warga Myanmar berada di atas vesel tersebut, disyaki mempunyai dokumen pengenalan diri yang meragukan dan tiada permit kerja yang sah.

“Vesel bersama kesemua kru, peralatan menangkap ikan dan hasil laut telah dibawa ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kg. Acheh untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat APMM bagi siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah maritim melalui talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-683 2254 untuk tindakan dan maklumbalas segera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI