fbpx
10 anggota TLDM yang terkorban dalam nahas helikopter pada 23 April 2024 yang lalu.

Genap 2 tahun tragedi 10 anggota TLDM maut nahas helikopter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tarikh 23 April akan terus terpahat sebagai memori paling hiba buat seluruh warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan rakyat Malaysia apabila sudah genap dua tahun berlalu tragedi menyayat hati yang mengorbankan 10 perwira negara.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan kejadian yang berlaku pada 23 April 2024 itu menyaksikan dua buah helikopter milik TLDM bertembung di udara sebelum terhempas ketika sesi latihan raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

Nahas udara yang berlaku pada pukul 9.32 pagi itu melibatkan pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan pesawat Fennec yang membawa seramai 10 kru secara keseluruhan.

Lebih memilukan tiada mangsa yang terselamat di dalam kejadian itu.

Antara perwira yang terkorban dalam pesawat HOM-AW139 ialah Kdr Muhammad Firdaus Ramli, Lt Kdr Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin, Lt Kdr Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, PW II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun, PW II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy, BM TNL Noor Rahiza Anuar (Penumpang) dan LK I JJM Joanna Felicia Rohna.

Sementara itu, dari pesawat Fennec dikenal pasti Kdr Muhamad Amir Mohamad, Lt T Sivasutan dan PW II TMK Mohd. Shahrizan Mohd. Termizi.

Hari ini, rata-rata pengguna media sosial kembali berkongsi hantaran sebagai tanda peringatan mengenai jasa dan pengorbanan kesemua mangsa yang terkorban ketika sedang menjalankan tugas demi negara.

“Dua tahun berlalu tragedi hitam buat TLDM. Al-fatihah dibaca buat kesemua 10 orang wira negara,” kata seorang pengguna di media sosial.

“Hari ini helikopter lalu, terasa abang ada dalam itu. Cukup dua tahun tinggalkan saya dan anak-anak. Al-fatihah buat arwah dan rakan seperjuangan,” kata pengguna @asya_yesha yang merupakan isteri salah seorang anggota yang nahas dalam tragedi ini.

Meskipun dua tahun telah berlalu, semangat mereka sebagai wira negara akan terus mekar dalam negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN