BESUT – Siasatan awal mendapati berlaku pengabaian pemakaian jaket keselamatan dalam kejadian bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian dekat sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, selain itu, prosedur operasi standard (SOP) perkhidmatan bot pada waktu malam dan cuaca buruk sewaktu kejadian juga didapati gagal dipatuhi.
Katanya, dalam kejadian pukul 10.30 malam itu, tiga termasuk dua kanak-kanak maut, manakala seorang kritikal. – KOSMO! ONLINE