fbpx

‘Ada yang bawa pulang tanah kubur Nurly’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kubur Nurly telah dipasang tali penghadang bagi mengelakkan berlaku perbuatan khurafat.

BESUT – Keluarga Allahyarham Nurly Shahirah Azman merayu orang ramai yang menziarahi kubur pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tersebut agar menjaga adab dan tidak melakukan sebarang perkara khurafat.

Bapanya, Azman Mohamad, 63, berkata, keluarganya dan penduduk kampung kesal dan kurang selesa apabila segelintir pengunjung dikatakan melakukan perkara khurafat seperti membawa pulang cebisan tanah dari kubur arwah anak bongsunya itu.

“Kami tidak melarang sesiapa ingin menziarah tetapi janganlah melakukan perkara yang dilarang agama.

“Jangan terlalu taksub, saya bimbang berlaku perbuatan mensyirikkan Allah. Sebaiknya sedekahkan al-Fatihah kepada arwah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu tular dakwaan berlaku perbuatan khurafat seperti mengambil dan menyapu muka dengan tanah kubur Nurly kononnya untuk berubat serta mengambil berkat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI