fbpx

Berpura-pura pilih gelang, ‘mak cik’ kebas 50 gram emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan wanita itu menyembunyikan gelang emas dengan tangannya. - Facebook

JAKARTA – Seorang wanita mengundang perhatian orang ramai apabila dia dirakam mencuri barang kemas seberat 50 gram di sebuah kedai emas, lapor portal berita Lambe Turah semalam. 

Kejadian berlaku di Hypermall Mega Bekasi dekat wilayah Jawa Barat kelmarin. 

Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di laman Facebook memaparkan wanita bertudung itu meminta kakitangan kedai emas untuk menunjukkan beberapa gelang emas yang disukainya. 

Dia kemudian menyembunyikan salah satu perhiasan yang diletakkan atas meja kaca dengan tangannya sebelum dimasukkan ke dalam bag. 

Permintaan yang banyak menyebabkan kakitangan itu lupa jumlah gelang yang ditunjukkan. 

Difahamkan, barang kemas tersebut bernilai 69 juta rupiah (RM17,974). 

Rakaman itu mencatatkan lebih 63,200 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Laporkan kepada polis!” kata seorang netizen. 

“Sudah tua masih nak mencuri,” kata pengguna media sosial. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI