fbpx

EPL: Legenda Manchester United akhirnya dipecat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VAN NISTELROOY

LONDON – Ruud Van Nistelrooy secara rasmi telah meninggalkan jawatannya sebagai pengurus Leicester City selepas pasukan itu tersingkir daripada Liga Perdana musim ini.

Pengumuman itu menyebut bahawa Leicester dan Nistelrooy telah mencapai ‘persetujuan bersama’ untuk menamatkan kontrak itu serta-merta.

Pengurus berusia 48 tahun itu menyertai Leicester pada penghujung November 2024 dengan misi untuk menyelamatkan kelab yang sedang bergelut di zon penyingkiran selepas menjalani tempoh singkat sebagai pengurus sementara Manchester United.

Bagaimanapun, Nistelrooy gagal mengubah nasib The Foxes yang kembali terjerumus ke saingan Liga Kejuaraan selepas hanya semusim berada di Liga Perdana Inggeris.

“Ruud telah menyelia pasukan untuk tempoh yang mencabar kelab itu. Sejak pelantikannya pada November 2024, beliau mendekati peranan itu dengan profesionalisme, integriti dan komitmen termasuk dalam mengadunkan beberapa bakat muda dari akademi ke skuad utama.

“Ruud meninggalkan kami dengan rasa hormat dan terima kasih semua pihak atas dedikasi dan kerja kerasnya dengan harapan terbaik kami untuk masa depan,” kata kenyataan rasmi Leicester.

Dalam kenyataan peribadi, Nistelrooy turut menzahirkan penghargaan terhadap semua pihak di kelab.

“Saya secara peribadi ingin mengucapkan terima kasih kepada pemain Leicester City, jurulatih, akademi dan semua kakitangan yang saya telah bekerja dengan profesionalisme dan dedikasi mereka sepanjang saya di kelab,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI