fbpx

Peminat Kelantan bukti bola sepak belum ‘mati’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMINAT bola sepak Kelantan membuktikan sukan tersebut masih memiliki nilai apabila membanjiri stadium menyaksikan perlawanan melibatkan bekas pemain mereka. - FB TRW TREBLE

LIMPAHAN penyokong bagi menyaksikan aksi persahabatan antara bekas pemain Kelantan dan Kedah di Stadium Sultan Muhammad IV, kelmarin membuktikan industri bola sepak Malaysia masih memiliki nilai yang boleh dipasarkan untuk jadi lebih besar.

Mantan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Media Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Christopher Raj, berkata pihak berkepentingan dalam sesebuah pasukan perlu menerokai inisiatif baharu untuk meningkatkan tarikan terhadap pasukan.

“Sekarang ini sukan sudah jadi industri dan hiburan kepada rakyat, jadi kalau ada program seperti ini orang pasti akan keluar. Ini menunjukkan bola sepak Malaysia ada nilai pasaran tersendiri, tetapi soalnya sekarang bagaimana kita ambil inisiatif untuk kembangkan bola sepak.

“Kelantan sudah buat dan tidak salah kalau ia dijadikan sebagai contoh kerana perkembangan ini agak baik untuk bola sepak Malaysia. Dari aspek promosi, perkembangan ini sesuatu yang bagus dan bagi kes Kelantan, ia boleh memupuk semula semangat bola sepak di negeri itu,” katanya.

Pada perlawanan itu, bekas pemain Kelantan menang 3-0 ke atas Kedah namun paling mencuri perhatian adalah limpahan peminat hingga ada yang ditempatkan di kawasan tepi padang.

Walaupun ia sekadar perlawanan persahabatan, sukan ini juga wajar seiring dengan elemen hiburan dan wajar dijadikan contoh kepada kelab yang bertanding di liga domestik.

“Namun saya tidak tahu adakah perkara sama boleh berlaku babitkan pasukan yang bertanding di liga domestik. Kelantan ada jiwa bola sepak dan sukan itu adalah hiburan utama tetapi keputusan juga perlu seiring,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI