fbpx

80 peratus kematian di laut punca tidak pakai jaket keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Demonstrasi penyelamatan orang awam oleh perenang penyelamat APMM pada program itu di Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

KLANG – Kira-kira 80 peratus daripada 226 kes akibat kemalangan di laut termasuk lemas adalah berpunca daripada tidak memakai jaket keselamatan.

Pemerhatian Maritim Malaysia (APMM) mendapati kegagalan menggunakan peralatan keselamatan diri itu rata-ratanya melibatkan nelayan selain bot penumpang sepanjang tahun lalu.

Pengarah Bahagian Operasi Udara Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Mohd. Tahir Khalid berkata, statistik pihaknya merekodkan 226 kes insiden di laut meliputi 1,348 mangsa termasuk 64 maut manakala 25 masih hilang tahun lalu.

Kata beliau, tempoh lima bulan tahun ini pula mencatatkan 108 kes melibatkan 251 mangsa termasuk 36 maut dan 12 masih hilang.

“Jumlah itu dianggap membimbangkan dan jika trend berkenaan berterusan, kes kematian mungkin meningkat sebanyak dua kali ganda,” katanya selepas merasmikan program sambutan Hari Kesedaran Keselamatan Maritim (HKKM) di Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang di sini, hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan tindakan cuai tidak memakai jaket keselamatan dipercayai punca utama kejadian bot karam mengorbankan lima di perairan berhampiran Jeti Kelab Kapal Layar Klang, 6 Jun lalu.

Menurut Mohd. Tahir, antara alasan lapuk mereka tidak memakai peralatan itu adalah disebabkan tidak selesa.

Kata Mohd. Tahir, objektif HKKM bertemakan ‘Berapung Untuk Hidup’ bertujuan memberi pendedahan kepada pekerja dan majikan mengenai langkah keselamatan ketika menghadapi kecemasan di laut serta kepentingan mematuhi peraturan maritim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI