fbpx

Kontrak ‘terlajak’ mewah Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO sah kekal di Al-Nassr untuk tempoh dua tahun lagi selepas menandatangani kontrak baharu. - AFP

RIYADH – Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo terus mencipta satu lagi sejarah luar biasa dalam arena bola sepak dunia selepas bersetuju memperbaharui kontrak dengan kelab Arab Saudi, Al-Nassr.

Perjanjian baharu menyaksikan kapten Portugal itu akan terus kekal bersama kelab tersebut untuk tempoh dua tahun lagi sehingga 2027, namun terma perjanjian berkenaan menjadi tumpuan dunia apabila dia bakal menerima habuan yang belum pernah diberikan kepada mana-mana pemain bola sepak.

Kontrak berkenaan menyaksikan Ronaldo bakal menerima bayaran sebanyak £492 juta (RM2.85 bilion) untuk tempoh berkenaan dan paling mewah dalam sejarah bola sepak dunia.

Berdasarkan pecahan, pemain berusia 40 tahun itu bakal meraih pendapatan £3.42 juta (RM19.8 juta) seminggu bersamaan £488,000 (RM2.83 juta) sehari atau £20,357 (RM118,040), dan gajinya setiap minit adalah bernilai £339.28 (RM1,967).

Ronaldo juga dilapor akan menerima bonus sebanyak £4 juta (RM23.2 juta) sekiranya muncul penjaring terbanyak liga berkenaan dan bakal meraih £8 juta (RM46.4 juta) jika membawa pasukan memenangi Liga Pro Arab Saudi.

Selain itu, Ronaldo juga ditawarkan pegangan saham kelab tersebut sebanyak 15 peratus yang dianggarkan bernilai £33 juta (RM191.35 juta) serta turut dilantik sebagai duta yang menyaksikan dia bakal memiliki lebih banyak bayaran.

“Lembaran baharu sudah pun bermula. Keazaman dan impian tetap sama. Marilah kita mencipta sejarah bersama,” kata Ronaldo selepas sah menandatangani kontrak baharu.

Pemain itu juga dilapor bakal menerima bonus sebanyak £80,000 (RM463,881) untuk setiap gol yang dijaringkan serta £40,000 (RM231,940) untuk umpanan jaringan dengan nilai berkenaan bakal meningkat pada musim kedua nanti.

Demi mengekalkan khidmat Ronaldo juga, Al Nassr juga telah menyediakan 16 pekerja untuk pemain itu melibatkan tiga pemandu, empat pembantu rumah, dua chef, tiga tukang kebun serta empat pengawal keselamatan dengan kos £1.4 juta (RM8.12 juta) serta kemudian jet peribadi bernilai £4 juta (RM23.19 juta). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI