fbpx

Arsenal beli lagi pemain tengah bertahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAJI mingguan £40,000 (RM231,666) diterima Norgaard di Brentford antara faktor menarik minat Arsenal untuk membelinya. - AFP

LONDON – Arsenal dilaporkan bersetuju untuk mengikat kapten Brentford, Christian Norgaard selepas gagal memujuk bintang tengahnya, Thomas Partey menandatangani kontrak lanjutan.

Norgaard, 31, kini cuma menunggu urusan perubatan sebelum berhijrah ke Stadium Emirates dengan harga £10 juta (RM57.92 juta) termasuk bonus tambahan £5 juta (RM28.96 juta).

Arsenal merakan bintang berpengaruh Denmark itu sebagai ‘pelan kecemasan’ disebabkan pengalamanya beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selama empat musim selepas gagal meyakinkan Partey untuk kekal.

Partey, 32, hampir pasti bakal meninggalkan Arsenal secara percuma apabila kontraknya berakhir hujung bulan ini.

Situasi itu disebabkan Arsenal enggan memenuhi permintaan kenaikan gaji mingguan Partey yang ketika ini sudah bernilai £200,000 (RM1.15 juta) semi

Ini bermakna Norgaard bakal menjadi pembelian ketiga Arsenal dalam jendela perpindahan ketika ini selepas Martin Zubimendi dari Real Sociedad dan penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga.

Begitupun, para peminat Arsenal masih tidak berpuas hati dengan situasi Arsenal yang belum berjaya membeli penyerang dan pemain sayap kiri dalam usaha mencabar kejuaraan musim depan.

Selain Viktor Gyokeres dan Benjamin Sesko, penyerang Aston Villa, Ollie Watkins antara nama dikaitkan dengan Arsenal termasuk pemain sayap lincah Real Madrid, Rodrygo. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI