fbpx

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran didakwa terima rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Azrul Nazwan A.Rani 42 tahun di tuduh menerima rasuah RM 3.000 daripada Pengurus Restoran di iringi olih Pegawai SPRM di Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini hari ini.

JOHOR BAHRU – Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Johor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini bagi tuduhan menerima suapan berjumlah RM3,000, tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Azrul Nazwan A. Rani, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa menerima suapan wang tunai berjumlah RM3,000 daripada seorang pengurus restoran sebagai dorongan untuk dikenakan tindakan undang-undang di bawah Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah restoran di Merlin Tower, jalan Meldrum di sini antara pukul 8 hingga 9 malam, pada 25 Julai tahun lalu.

Kesalahan didakwa dilakukan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin warga tempatan selain perlu melapor diri di Pejabat SPRM Johor Bahru sekali sebulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI