fbpx

Banjir besar China ragut 6 nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK melakukan kerja pembersihan di kawasan terjejas banjir di Congjiang, wilayah Guizhou semalam. – AFP 

BEIJING – Enam orang terkorban akibat banjir di wilayah Guizhou, barat daya China, lapor media pemerintah semalam, selepas lebih 80,000 orang berpindah pada minggu ini.

Banjir besar di Guizhou mendorong pihak berkuasa mengaktifkan pelan kecemasan tindak balas banjir tertinggi dengan memindahkan kira-kira  80,900 orang, Selasa lalu.

Kelmarin, stesen penyiaran pemerintah, CCTV melaporkan bahawa banjir besar luar biasa besar melanda daerah Rongjiang di Guizhou sejak Selasa lepas.

“Setakat pukul 11 pagi (semalam), enam orang hilang nyawa,” kata laporan itu, memetik ibu pejabat kawalan banjir tempatan.

“Banyak kawasan rendah di Ronjiang dilanda banjir dengan infrastruktur rosak teruk yang mengakibatkan halangan lalu lintas, gangguan komunikasi serta penduduk terperangkap.

“Paras air di daerah itu kini surut di bawah paras amaran,” kata CCTV sambil menambah, langkah pemulihan dan pembinaan semula pasca bencana serta siasatan bencana sedang dijalankan.

Xinhua melaporkan kelmarin bahawa padang bola sepak di Rongjiang ditenggelami air sedalam 3 meter, manakala penduduk memberitahu agensi berita itu bahawa mereka diselamatkan dari tingkat tiga kediaman masing-masing.

Bencana alam itu berlaku ketika China mengalami musim cuaca ekstrem.

Minggu ini, pihak berkuasa mengeluarkan amaran haba kedua tertinggi apabila ibu negara, Beijing mengalami hari paling panas pada tahun ini.

Di wilayah Hunan bersempadan dengan Guizhou pula, berpuluh-puluh ribu  orang dipindahkan pada minggu lalu disebabkan hujan lebat. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI