HANOI – Seorang penumpang Malaysia Airlines didenda 4 juta dong (RM647) kerana bergurau dia membawa bom ketika turun daripada pesawat di Vietnam, lapor portal berita VNExpress semalam.
Kejadian melibatkan penebangan MH752 yang tiba dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai pada 22 Jun lalu.
Penumpang lelaki terbabit memberitahu seorang pramugari bahawa dia menyembunyikan bahan letupan selepas ditanya mengenai kotak hitam yang dibawanya.
Kru penerbangan segera melaporkan kepada pihak berkuasa, menyebabkan dia ditahan di balai imigresen Noi Bai.
Semasa disoal siasat, penumpang itu mengaku bahawa dia hanya bergurau.
Pihak berkuasa mendapati kotak hitam itu mengandungi papan kekunci dan tetikus.
“Tiada bahan letupan atau barang terlarang di dalam kotak tersebut.
“Meskipun tiada ancaman sebenar, dia didenda kerana mencetuskan kebimbangan awam,” kata Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Utara. – AGENSI