PETALING JAYA – Peminjam Majlis Amanah Rakyat (Mara) diseru tidak melepaskan peluang untuk menikmati pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran.
Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, dasar pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran itu telah dipersetujui dan diluluskan oleh Majlis Mara.
“Mara menawarkan dasar pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran. Terbuka untuk semua. Jangan lepaskan peluang,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.
Asyraf Wajdi berkata, permohonan boleh dikemukakan melalui portal e-conversion atau emel kepada [email protected].
“Hubungi careline Bahagian Kawalan Kredit MARA untuk maklumat lanjut 03-40108800/8801/8802,” katanya. – KOSMO! ONLINE