fbpx

Banjir di barat daya China, lebih 80,000 orang dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangunan ditenggelami air di Congjiang, wilayah Guizhou semalam. - AFP

BEIJING – Lebih 80,000 penduduk terpaksa dipindahkan dari kediaman mereka susulan banjir besar yang melanda wilayah Guizhou di barat daya China, lapor media rasmi Beijing hari ini.

Agensi berita Xinhua melaporkan, pasukan penyelamat telah dikerahkan ke dua daerah yang paling terjejas, manakala pihak berkuasa turut meningkatkan tindak balas kawalan kecemasan banjir ke tahap tertinggi.

Antara kawasan paling teruk dilanda adalah daerah Rongjiang, di mana sebuah padang bola sepak dilaporkan tenggelam sehingga tiga meter di bawah paras air.

Seorang penduduk tempatan, Long Tian, berkongsikan detik cemas yang dialaminya.

“Air naik terlalu cepat. Saya menunggu di tingkat tiga untuk diselamatkan. Menjelang petang, saya telah dipindahkan ke tempat selamat,” katanya kepada Xinhua.

Setakat petang semalam, seramai 80,900 orang telah dipindahkan dari kawasan kediaman mereka bagi mengelak risiko bertambah buruk akibat banjir yang tidak dijangka itu.

China ketika ini mengharungi musim panas yang penuh dengan cuaca ekstrem. Awal minggu ini, pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran panas tahap kedua tertinggi di ibu negara, Beijing, sekali gus menjadi antara hari paling panas tahun ini.

Pada minggu lalu, puluhan ribu penduduk di wilayah Hunan, tengah China, diarahkan berpindah susulan hujan lebat berterusan yang meningkatkan risiko banjir dan tanah runtuh di kawasan terbabit. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI