PETALING JAYA – Teka-teki destinasi pilihan pemain warisan Harimau Malaya, Jon Irazabal akhirnya terlerai apabila diumumkan sebagai pemain baharu Johor Darul Ta’zim (JDT).
Harimau Selatan membuat pengumuman itu menerusi satu video yang dimuatnaik di laman media sosial Facebook, JOHOR Southern Tigers.
“Hanya terdapat satu destinasi utama di Malaysia, Johor Darul Ta’zim FC,” menurut ciapan JDT.
Bekas pertahanan Sabah FK itu meninggalkan pasukan selepas tiga musim berkelana di Azerbaijan, merekodkan 98 penampilan dan menyumbangkan enam gol.
Irazabal menjadi pemain warisan kedua yang diumumkan sebagai bintang baharu JDT selepas Hector Hevel.- KOSMO! ONLINE