fbpx

Mohamad, Menteri Luar Iran adakan pertemuan di Istanbul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Iran.

KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Iran, Abbas Araghchi di luar Mesyuarat Majlis Menteri-menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-51 di Istanbul, Turkiye.

Mohamad berkata, kedua-dua mereka membincangkan perkembangan terkini susulan serangan terbaharu yang menyasarkan Iran.

“Saya turut menekankan keperluan semua pihak untuk bertindak dengan penuh tanggungjawab demi mengelakkan ketegangan yang lebih parah di rantau Timur Tengah,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Perang antara Israel dan Iran memasuki minggu kedua selepas Israel melancarkan serangan udara terhadap Iran konon mahu menghalang Iran daripada membina senjata nuklear.

Iran kemudian bertindak balas dengan melancarkan serangan peluru berpandu dan dron terhadap Israel sebelum Amerika Syarikat mengebom tapak nuklear Iran pada Sabtu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI