fbpx

Agong zahir ucapan takziah pemergian isteri Premier Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Juma'ani

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan takziah atas pemergian isteri kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg awal pagi tadi.

Baginda menerusi ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang memetik potongan ayat al-Quran daripada surah al-Baqarah, ayat 156.

“Sesungguhnya kami ialah milik Allah S.W.T dan kepadaNya kami kembali,” titah baginda hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online hari ini melaporkan Isteri kepada Premier Sarawak meninggal dunia pada usia 76 tahun, pukul 3.34 pagi tadi di Pusat Perubatan Normah, Kuching. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI