fbpx

CWC: Aksi terbaik Yildiz bersama Juventus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YILDIZ (tengah) meledak gol buat Juventus membelasah Wydad 4-1 awal pagi tadi. - AFP

PHILADELPHIA – Bintang muda Juventus, Kenan Yildiz berada dalam kelas tersendiri apabila membantu gergasi Itali itu mengesahkan tiket ke pusingan kalah mati Piala Dunia Kelab (CWC) 2025.

The Old Lady kini memimpin carta Kumpulan G hasil dua kemenangan setakat ini termasuk pesta gol 4-1 ke atas kelab Maghribi, Wydad Casablanca di Stadium Lincoln Financial Field awal pagi tadi.

Penyerang muda berusia 20 tahun itu berjaya meledak dua gol selain mencipta satu bantuan jaringan dalam perlawanan yang menyaksikan Juventus menguasai keseluruhan aksi tersebut.

Dua lagi gol Juventus dalam aksi itu diperoleh menerusi jaringan sendiri Abdelmounaim Boutouil dan sepakan penalti daripada Dusan Vlahovic.

“Ia tidak mudah tetapi saya sangat gembira. Kemenangan ini amat bermakna buat pasukan, lebih-lebih apabila saya sendiri dapat menjaringkan gol.

“Bukan satu, tetapi dua, jadi saya sangat berpuas hati. Saya anggap inilah perlawanan terbaik saya bersama Juventus,” kata Yildiz.

Jentera serangan Juventus dalam kempen CWC kali ini begitu tajam apabila sudah meledak sembilan gol daripada dua perlawanan selepas terdahulu membelasah jaguh Emiriyah Arab Bersatu, Al-Ain 5-0 minggu lepas.

Kini, perebutan status juara Kumpulan G menjadi lebih menarik menjelang aksi terakhir menentang Manchester City pada Jumaat ini memandangkan lawan itu berjaya meledak lapan gol tanpa bolos dalam dua perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI