fbpx

Kontraktor lemah punca projek rumah terbengkalai di Pahang – Wan Rosdy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN ROSDY menyerahkan kunci rumah PR1MA kepada penerima pada Majlis Penyerahan Kunci PR1MA Pahang Tanah Rata dan Majlis Pecah Tanah PR1MA Pahang Ringlet di perkarangan Perumahan PR1MA Pahang Tanah Rata di Cameron Highlands, hari ini.

CAMERON HIGHLANDS – Kelemahan kontraktor dikenal pasti antara punca banyak projek perumahan terbengkalai di Pahang, sekali gus menjejaskan kehidupan pembeli dan imej agensi pelaksana kerajaan negeri.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) serta wakil rakyat sering dipersalahkan apabila projek tergendala sedangkan ia berpunca daripada sikap tidak profesional kontraktor sendiri.

“Saya dapati kebanyakan projek yang terbengkalai adalah disebabkan oleh pihak kontraktor dan ini menyusahkan rakyat.

“Ini kerana pembeli akan menyalahkan wakil rakyat kerana rumah mereka tidak siap tetapi yang menyebabkan terbengkalai bukanlah pihak Lembaga Perumahan (LPHP) tetapi disebabkan oleh kontraktor,”katanya selepas Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang Tanah Rata dan Majlis Pecah Tanah PR1MA Pahang Ringlet di perkarangan Perumahan PR1MA Pahang Tanah Rata di sini, hari ini.

Menurut Wan Rosdy, kerajaan negeri tetap memberi peluang kepada kontraktor asal untuk menyiapkan projek mereka, namun setiap kelewatan perlu disertakan dengan alasan munasabah.

“Kita pun kadangkala harus mendengar juga apa yang menyebabkan projek-projek ini terbengkalai. Apakah alasannya ? Sekiranya mereka mengemukakan alasan yang munasabah, kita akan pertimbangkan untuk lanjutkan tempoh projek,”katanya.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI