fbpx

Nenek tular pandu Proton X50 di lorong motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular sebuah Proton X50 dipandu di laluan motosikal di Jambatan Kedua Pulau Pinang, semalam.

SEBERANG PERAI – Polis membuka kertas siasatan susulan video tular di media sosial berhubung kejadian seorang wanita warga emas memandu di laluan motosikal di Jambatan Kedua Pulau Pinang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Jay January Siowou berkata, pihaknya terkesan video berdurasi enam saat yang memaparkan kejadian tersebut yang dimuat naik di Facebook.

“Hasil siasatan didapati kejadian itu berlaku kira-kira pukul 1.30 petang di Kilometer 8.6 Jambatan Kedua Pulau Pinang dari Batu Kawan menghala ke Batu Maung.

“Bertindak atas maklumat, satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Kaedah 8(3) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN166/59) kerana kesalahan menggunakan lorong tidak dibenarkan.

“Wanita berkenaan berjaya dikesan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berkaitan kejadian itu untuk menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan di talian 04-5858222. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI