fbpx

Gangguan bekalan kuasa jejaskan 10 tren – KTMB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kru bertugas mengedarkan makanan dan minuman kepada penumpang yang terjejas lebih dua jam di stesen dan di dalam tren ETS serta komuter.

PETALING JAYA – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memohon maaf atas kelewatan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan KTM Komuter lebih 60 minit susulan gangguan bekalan kuasa alat talian atas yang berlaku di antara Kampar dan Slim River, semalam.

KTMB dalam satu kenyataan berkata, gangguan yang berlaku pada pukul 5.44 petang itu menjejaskan operasi tren di laluan berkenaan apabila hanya satu landasan dapat digunakan secara bergilir bagi menjamin keselamatan operasi.

“Lapan perkhidmatan ETS dan dua KTM Komuter mengalami kelewatan melebihi satu jam,” katanya hari ini.

KTMB telah memaklumkan perkara itu kepada penumpang terlibat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan saluran media sosial rasminya.

“Pasukan elektrifikasi KTMB juga telah digerakkan serta-merta ke lokasi bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan dan segala usaha baik pulih telah berjaya diselesaikan sepenuhnya pada pukul 5 pagi dan perkhidmatan tren kembali beroperasi seperti biasa,” katanya.

KTMB turut menegaskan komitmen mereka dalam menambah baik mutu perkhidmatan demi keselesaan pengguna. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI