fbpx

Lelaki nyaris rentung, kereta terbabas rempuh batu konkrit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta dipandu mangsa yang terbakar dalam kemalangan di Jalan Sungai Asap B, Gua Musang semalam. FOTO IHSAN POLIS

GUA MUSANG – Seorang lelaki nyaris rentung apabila kereta dipandunya terbabas dan terbakar selepas merempuh batu konkrit di Jalan Sungai Asap B di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, mangsa, Mohamad Hairul Hisyam Mohamed, 25, terselamat apabila berjaya keluar dan kereta jenis Honda Accord dipandunya terbakar 100 peratus.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, kereta dipandu mangsa datang dari arah Kampung Limau Kasturi menghala ke Gua Musang.

“Mangsa sempat keluar daripada kereta dan mengalami sakit dada. Nahas dipercayai berpunca daripada permukaan jalan yang licin akibat cuaca hujan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Choon Foo memberitahu, kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan siasatan lanjut masih dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI