fbpx

Pemandu kereta didakwa langgar mati dua remaja perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH dibawa keluar dari mahkamah di Temerloh hari ini.

TEMERLOH – Seorang lelaki yang terbabit nahas di persimpangan lampu isyarat di sini didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas kesalahan memiliki dan mengedar dadah serta melanggar dua remaja perempuan sampai mati.

Tertuduh, Chun Kok Keong, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua tuduhan itu di hadapan Majistret Tan Chiew King.

Menurut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Nur Erdina Shaffiya Muhammad Nazri dan Aneez Irdiena Sofya Khairul Azman.

Kesalahan itu dilakukan pada pukul 10.50 malam, 11 Jun lalu di lampu isyarat Jalan Tengku Ismail di sini.

Mengikut pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa mengedar methamphetamine seberat 50.85 gram pada pukul 12.30 tengah malam, 12 Jun lalu di hadapan lobi Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Temerloh.

Lelaki itu juga didakwa memiliki heroin dengan berat 0.85 gram pada pukul 12,30 tengah malam, 12 Jun lalu di lokasi sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Adriana Azrin dan Siti Sarah Aqilah Lokman, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Siti Fatimah Mohd. Shahril.

Kok Keong tidak dibenarkan diikat jamin kerana kesalahan dadah tidak boleh dijamin. Sebutan semula kes ditetapkan pada 17 Julau dan 18 September ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI