fbpx

[VIDEO] Isteri ‘double line’ disangka kena Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan reaksi suami yang tidak mempercayai bahawa isterinya sedang hamil dna menyangka ia adalah alat pengesan Covid-19.

PETALING JAYA – Masih ramai suami tidak mengenali kit ujian kehamilan sehingga ada yang menyangka ia alat mengesan jangkitan Covid-19.

Menerusi satu hantaran di platform TikTok milik @Al, seorang suami bersungguh-sungguh mengatakan isterinya dijangkiti wabak tersebut apabila terpapar dua garis merah di atas kit ujian kehamilan itu.

“Mengarut, ini Covid. Hempuk ‘you’ satgi (nanti).” Ini bukan ‘pregnancy test’,” katanya.

Walaupun telah berkali-kali isterinya cuba untuk meyakinkannya, dia tetap tidak percaya isterinya sedang hamil hingga ke akhir video.

“Tipulah dia ini, ini Covid lah,” ujarnya.

Meninjau ke ruangan komen, netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap gelagat pasangan suami isteri itu.

“Kau buat apa kat dia kak sampai dia ada trust issue ngn kau ini,” seloroh @Shakilah.

“Salah ni. Biasanya orang ‘inform’ pregnant nangis la kak. Bukan gelak,” ujar @_DyaE.

“Sejak ada Covid-19 ni, semua suami teka Covid dulu daripada ‘pregnant’,” kata @Sayang. – KOSMO! ONLINE.

@aliaizzatishclearing my draft but i was indeed pregnant♬ original sound – al

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI