fbpx

Restoran denda pelanggan tidak sama dalam tempahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail restoran L'ilot. - Foto L'ilot

PARIS – Sebuah restoran di Amboise, Perancis mengumumkan akan mendenda pelanggan yang tiba dalam jumlah lebih ramai atau sedikit berbanding bilangan yang dinyatakan dalam tempahan, lapor portal berita NDTV kelmarin. 

Cef merangkap pengurus restoran L’ilot iaitu sebuah kedai makan 20 tempat duduk, Oliver Vincent memperkenalkan caj tambahan 15 euro (RM74) itu untuk setiap pelanggan yang ingkar peraturan baharu tersebut.

Kecewa kerap berdepan pelanggan yang tidak hadir atau penambahan tidak seperti dalam tempahan, Vincent berkata, langkah itu bertujuan menjadikan pelanggan lebih bertanggungjawab dan menghormati operasi restoran. 

Dalam catatan di laman Facebook, beliau memaklumkan bahawa peraturan baharu itu akan dikuatkuasakan pada masa hadapan.

“Jika anda tidak datang bersama jumlah tetamu yang telah anda tempah, 15 euro akan dikenakan untuk setiap orang,” tulisnya.

Beratus-ratus netizen mengulas dengan ada antara mereka menyokong langkah tersebut tetapi sebilangan yang lain menyatakan peraturan itu  ‘bermasalah’ kerana tidak mengambil kira pertambahan pelanggan pada saat-saat akhir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI