fbpx

Hannah Yeoh harap skuad hoki negara cipta kebangkitan hadapi Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hannah Yeoh berucap pada sidang akhbar selepas melakukan pelepasan 'Flag-off' peserta larian HKL Fun Run 2025 di perkarangan Dataran DBKL, di sini hari ini. Foto oleh AMIR KHALID/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengucapkan selamat maju jaya kepada skuad hoki negara, Speedy Tigers yang akan menentang Pakistan dalam Kejohanan Hoki Piala Negara-Negara FIH 2025 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil malam ini.

“Saya ucapkan selamat maju jaya kepada pasukan Malaysia yang akan bertarung dengan Pakistan malam ini. Saya berharap mereka akan melaksanakan yang terbaik.

“Hoki juga merupakan sukan popular dan pernah memenangi banyak pingat untuk Malaysia. Jadi saya berharap hoki boleh kembali pada zaman kegemilangannya,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan HKL Fun Run 2025 di Dataran DBKL, di sini hari ini.

Hannah turut menyatakan sokongan berhubung penganjuran kejohanan hoki bertaraf antarabangsa yang makin bertambah di tanah air sebagai usaha memperkasa pembangunan sukan tersebut.

“Saya yakin kalau kita anjurkan lebih banyak lagi pertandingan seperti itu di home ground (tanah air), ia akan memberikan pendedahan yang bagus kepada atlet-atlet kita,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI