fbpx

Misteri cahaya merah menegak di langit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SATU pancaran cahaya merah menegak di langit Singapura. - Foto Pembaca MSNews

SINGAPURA – Satu pancaran cahaya merah ganjil yang menegak dapat dilihat di langit Singapura pada waktu malam, lapor portal berita MSNews hari ini.

Pembaca MSNews yang melihat fenomena itu menggambarkannya sebagai ‘Cahaya  Merah Menegak’ di langit Pangkalan Udara Paya Lebar, Selasa lalu.

Menurut pembaca yang  dikenali sebagai Mike, dia melihat cahaya aneh tersebut ketika berjalan pulang selepas makan malam bersama keluarganya.

Mike berkata, fenomena ganjil itu muncul kira-kira pukul 8.30 malam (waktu tempatan) tetapi dia tidak dapat melihatnya dengan jelas pada masa itu kerana persekitaran yang di tempatnya.

Semasa dia terus berjalan, pancaran cahaya itu dapat dilihat dengan lebih kira-kira pukul 9 malam.

Apabila Mike tiba di rumah kira-kira pukul 10.30 malam, lelaki tersebut menyedari bahawa awan telah mula menutup cahaya itu dan dia tidak dapat melihatnya lagi.

“Cahaya ini berada di sana selama lebih 3 jam. (Ia) berada pada kedudukan yang sama sepanjang masa,” ujarnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI