fbpx

‘Ini betul-betul karakter abah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan reaksi seorang lelaki warga emas selepas menjumpai lembu peliharaannya.

PETALING JAYA – Perasaan sedih bertukar gembira dan bersyukur apabila lembu peliharaan seorang lelaki warga emas ditemui semula di kawasan sawah padi selepas dipercayai hilang, baru-baru ini.

Menerusi hantaran oleh pemilik akaun @shacanis di TikTok, reaksi gembira lelaki warga emas tersebut yang terus menuju ke lokasi dan memeluk lembu peliharaannya mengundang rasa sayu dalam kalangan netizen.

Difahamkan, haiwan kesayangannya itu sudah lama dipelihara dan dianggap seperti sebahagian daripada keluarganya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat gelagat lelaki warga emas tersebut yang tersenyum lebar selepas menjumpai haiwan tersebut.

“Comel pak cik ini. Saya doakan acik sihat tubuh badan untuk terus jaga lembu-lembu kesayangan,” kata @Acu_Tan.

“Macam ayah aku suka marah kambing dia. Kambing tak balik nangis terus dia,” ujar @pieyyyy.

“Abah punya karater betul-betul abah sangat. Dua-dua kena marah, padan muka,” kata @yayaaothman. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI