fbpx

Angkara cinta, wang RM1.5 juta milik jurutera lesap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Seorang jurutera berusia 40 tahun terpaksa ‘gigit jari’ apabila wang miliknya berjumlah RM1.5 juta lesap angkara skim pelaburan dalam talian yang tidak wujud.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, mangsa yang bekerja di sebuah syarikat di Asia Barat membuat laporan kepada pihaknya mengenai kejadian itu semalam.

Katanya, episod ngeri itu bermula pada November tahun lalu selepas mangsa berkenalan dengan seorang wanita melalui panggilan telefon dan sejak itu dia menjalin hubungan cinta dengan suspek.

“Suspek kemudian mengajak mangsa menyertai satu pelaburan yang menawarkan beberapa pakej seperti Junior Room, Intermediate Room, Superior Room, dan Supreme Room, dengan pulangan bergantung kepada pakej yang dipilih  mangsa.

“Mangsa yang berminat dengan pelaburan itu diberikan nombor khidmat pelanggan dan pautan laman web untuk pendaftaran,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Hamzah berkata, mangsa mula melabur dengan jumlah RM90,510 dan menerima pulangan sebanyak RM108,611.

“Mangsa mempercayai pelaburan itu mendatangkan keuntungan. Sejak 2 Disember hingga 8 Mac lalu, lelaki itu membuat sebanyak 103 transaksi pemindahan wang ke dalam 31 akaun dengan jumlah keseluruhan RM1.5 juta.

“Mangsa mula menyedari dirinya ditipu apabila gagal mengeluarkan keuntungan pelaburan berjumlah RM4.1 juta melalui aplikasi tersebut.

”Malah, sebaliknya mangsa diminta untuk membuat sumbangan modal tambahan bagi membolehkan pengeluaran keuntungan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI