fbpx

Bekas pengarah mengaku tidak bersalah guna harta syarikat RM153,609

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang bekas pengarah syarikat berkaitan pendidikan didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas lapan pertuduhan menyalahgunakan kedudukan untuk menggunakan wang milik syarikat berjumlah RM153,609, antara November 2019 hingga Oktober 2020. FOTO/ NOR AINNA HAMZAH

SEREMBAN – Seorang bekas pengarah syarikat berkaitan pendidikan didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas lapan pertuduhan menyalahgunakan kedudukan untuk menggunakan wang milik syarikat berjumlah RM153,609, antara November 2019 hingga Oktober 2020.

Orang Kena Saman (OKS), Chin Wei Choong, 42, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Mohamad Kamil Nizam.

Berdasarkan pertuduhan, OKS sebagai pengarah syarikat Ambitious Supreme Sdn Bhd tanpa persetujuan atau ratifikasi dalam mesyuarat agung syarikat telah menggunakan harta syarikat sebanyak RM8,829; RM32,710; RM60,000, RM7,070 bagi mendapatkan manfaat secara tidak langsung untuk dirinya.

Manfaat itu melalui pembayaran kepada beberapa syarikat bagi kerja dilakukan untuk syarikat Tadika Universal Sdn Bhd yang mana dia mempunyai kepentingan di dalam syarikat tersebut melalui syarikat Academy Adelphi Worldwide Hotels Sdn Bhd bagi tempoh antara 1 Nov 2019 sehingga 10 Jan 2020.

Dia turut didakwa melakukan perkara yang sama dengan menggunakan harta syarikat sebanyak RM10,000; RM10,000; RM15,000; RM10,000 bagi mendapatkan manfaat secara tidak langsung bagi dirinya melalui pinjaman yang dibuat kepada Tadika Universal Sdn Bhd.

Perbuatan itu dilakukan di antara 6 Ogos 2020 sehingga 28 Oktober 2020 di sebuah premis di Oakland Commerce Square di sini. Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 218 (1) (a) Akta Syarikat 2016.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan 31 Julai ini sebagai sebutan semula kes.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI