fbpx

‘Berlian tetap berlian’ – Luna Maya kembali jadi duta sabun terkenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERNAH ditamatkan kontrak, Luna Maya kini kembali diangkat sebagai duta jenama sabun mandi terkenal.

PELAKON terkenal Indonesia, Luna Maya menjadi sorotan ramai selepas dia dilihat kembali membintangi iklan sabun mandi Lux selepas 15 tahun.

Sebelum ini, Luna atau nama lengkapnya Luna Maya Sugeng, 41, pernah menjadi duta jenama sabun mandi popular itu selama beberapa tahun sebelum kontraknya ditamatkan gara-gara terlibat dengan sKandal bersama bekas kekasihnya, Ariel Noah pada 2010.

Peminatnya nyata teruja dengan pembabitannya bersama jenama sabun mandi tersebut kerana wajahnya memang sinonim dengan produk itu sebelum ini.

“Yang dulu dijatuhkan, sekarang diangkat kembali oleh Lux. Kamu memang layak mendapatkannya Luna. Berlian tetap berlian,” komen netizen.

“Ratu Lux. Automatik akan borong sabun Lux selepas ini setelah sekian lama tidak melihat Luna menjadi bintang Lux. Terasa seperti nostalgia kembali,” komen seorang lain netizen.

Netizen turut meminta agar Luna digandingkan dengan suaminya, Maxim dalam sebuah iklan seperti mana yang pernah dilakukan bersama Ariel satu ketika dahulu.

Nama Luna Maya kembali dijulang peminat selepas dia berkahwin dengan Maxim pada 7 Mei lalu.

Rata-rata peminat berasa kagum dengan perkahwinannya dan memuji Maxim yang sanggup menikahi Luna biarpun aktres itu pernah terpalit kontroversi hangat dan berusia 10 tahun lebih tua daripadanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI