NAMA penyangi Amira Othman masih kekal dalam carta sebutan ramai selepas dikaitkan dengan duda terhangat, Fattah Amin.
Kalau tengok perwatakannya, bekas peserta Akademi Fantasia musim 10 itu nampak serius walaupun sesekali dilihat boleh tahan bergurau.
Apa pun keperibadian wanita berusia 31 tahun itu disukai ramai, lebih-lebih lagi apabila dia tersenyum. Memang manis dan ayu.
Namun baru-baru ini tular semula sebuah video program masakan yang dikendalikan pengarah dan penerbit, Michael Ang yang menonjolkan sisi humor Amira.
Hakikatnya Amira pandai buat lawak, terhibur tengok dia berceloteh dengan Michael yang mulutnya bagai murai tercabut ekor.
Pada masa sama, kata-kata diluncurkan Amira sangat tertib dan tidak menyakitkan hati. Kita yang dengar pun sejuk hati.
Patutlah ramai sayang. Diva harap Amira terus kekalkan keperibadian sebegitu, tidak menyombong dari dulu sampai sekarang.
Diva: Ada selebriti tidak senang duduk selepas tembelangnya pecah.