fbpx

Dua lelaki bergaduh ala ‘Kung Fu’ dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video aksi pemandu Perodua Bezza seperti bersilat, manakala pemandu Honda Civic FC seolah-olah mahu melakukan Muay Thai diredakan oleh seorang pemandu lori dalam kejadian di sebuah plaza tol di Pulau Pinang.

SEBERANG PERAI – Polis sedang menyiasat kejadian pergaduhan membabitkan dua individu yang tular bergaduh ala ‘Kung Fu Shaolin’ di Lorong RFID Plaza Tol Bukit Tambun arah selatan, hari ini

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintenden Jay January Siowou berkata, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5.15 petang tadi.

“Kejadian ini melibatkan perselisihan faham antara dua pengguna jalan raya selepasnya berlakunya pelanggaran kenderaan dari belakang.

“Insiden berkenaan seterusnya membawa kepada pertengkaran , kerosakan harta benda serta dakwaan serangan fizikal dan ugutan jenayah oleh salah seorang individu terbabit.

“Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD SPS,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, video kejadian itu dirakam melalui kamera papan pemuka yang telah tular di media sosial sekali gus menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai.

“Justeru, kita mahu mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri dalam apa juga situasi di jalan raya dan elakkan daripada menyebarkan maklumat tidak sahih atau bersifat spelatof berkaitan kes ini,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI