fbpx

Aguero ‘kunci’ mulut dikait sertai KDN FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AGUERO antara pemain yang berjaya mempamerkan persembahan terbaik ketika ASEAN All Stars berdepan United. - FB SRI PAHANG

PEMAIN naturalisasi negara, Sergio Aguero yang cemerlang ketika aksi persahabatan menentang Manchester Untied, Rabu lalu lebih selesa untuk bersikap ‘kunci mulut’ mengenai masa depannya.

Prestasi cemerlang yang dipamerkannya pada perlawanan itu turut mendapat pujian daripada pengurus The Red Devils dan namanya kini dicanang dan dikaitkan dengan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) bagi harungi Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Ditanya adakah prestasi baiknya ketika menentang Manchester United akan meningkatkan sahamnya untuk memilih pasukan terbaik untuk saingan musim depan, Aguero tampil dengan pendekatan selamat dan enggan mengulas lanjut.

“Saya tidak boleh bercakap mengenai perkara ini,” katanya ringkas ketika ditemui selepas aksi menentang Manchester United.

Ketika ini, status sebenar Sri Pahang yang memperoleh lesen kebangsaan masih lagi menjadi tanda tanya, sama ada akan terus bersaing di Liga M atau pun ikut jejak Perak FC yang ambil keputusan tarik diri.

Sebelum ini, bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang menyatakan kesediaan untuk membantu KDN FC mula beri bayangan salah seorang daripada kesebelasan utama Asean All Stars akan bersama kelab dari Pantai Timur itu.

“ASEAN First XI (kesebelasan utama), InsyaAllah salah seorang darinya akan bersama pasukan Kelantan, doakan,” menurut kenyataan Annuar menerusi laman media sosial Facebook.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI